Bahan-bahan dalam blog ini terutama huraian ayat dan hadith adalah belum muktamad. Kemungkinan terdapat banyak kesilapan dan kekeliruan. Respon pengunjung amat dihargai.

Tuesday, June 23, 2009

T3 H13, 14, 15

Hadith 13:
Terjemahan.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Hendaklah kamu menolong orang yang zalim dan orang yang dizalimi. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi, tetapi bagaimana kami hendak membantu orang yang zalim. Sabda Nabi : HENDAKLAH KAMU CABUT KEKUASAAN YANG ADA PADA ORANG YANG ZALIM ITU.
.

Penerangan Hadis 13
Di dalam hadis ini, Rasulullah telah memerintahkan supaya orang Islam menolong saudaranya yg Muslim yang dizalimi daripada musuh-musuhnya dengan cara memebantu dan menguatkannya. Seperti mana sahabat-sahabat baginda bertanya tentang keadaan orang yg zalim maka keterangan bagi mereka menncegahnya daripada melakukan kezaliman suatu tanda supaya bertindak dengan menguasainya dan menggunakan kekuatan untuk mengajar.
.
Pengajaran hadis 13
1. galakan membantu orang yg dizalimi drpd musuh
2. memerangi pemikiran negatif yg merosakkan pemikiran yg baik
3. menghalang atau mebuang sifat zalim daripadanya adalah keperluan
.
Siti Aishah bt Isa
Azri Ardila bt Nor Azizi
3 Al-Firdaus...June 23, 2009 1:30 PM
.
versi2
Hadith 13

'MENCABUT KEKUASAAN YANG ADA PADA ORANG YANG ZALIM'
Rasulullah S.A.W menyuruh kita m'bantu saudara Islam yang dizalimi drpd musuhnya dan m'bantu org yg zalim dgn b'tindak menghalangnya drpd melakukan kezaliman.
Syazyana, June 23, 2009 1:29 PM
.
Hadith 14:
Terjemahan:
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesiapa yang pernah menzalimi saudaranya berhubung dengan maruahnya ataupun apa sahaja, maka minta halallah daripadanya (orang yang dizalimi). Sebelum tiba masa (di Padang Mahsyar), di mana tiada lagi wang atau dirham yang boleh menebus segala kezaliman itu. Pada masa itu, segala kezaliman itu disebut! Apabila orang yang menzalimi itu mempunyai amalan yang soleh, maka diambil dari pahala amalan itu sekadar (hanya untuk) kezaliman yang telah dilakukan, kemudian (pahala itu) diberikan kepada orang yang dizalimi... Apabila orang yang menzalimi itu tidak mempunyai pahala dari amalan-amalan yang baik, maka diambil dosa orang yang dizalimi itu, lalu dibebankan (dosa itu) ke atas orang yang menzalimi itu..." (Hadis riwayat Bukhari).
.
Hadith 15:
Terjemahan:
Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah bersabda kepada Abdur Rahman bin Samurah radhiyallahu ‘anhu, “Ya Abdur Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta jawatan pemerintahan. Apabila jawatan itu diberikan kepadamu disebabkan engkau memintanya, maka jawatan itu sepenuhnya akan dibebankan kepadamu. Namun apabila jawatan itu diberikan bukan kerana permintaanmu, maka engkau akan dibantu dalam memikulnya. Jika engkau bersumpah atas sesuatu perkara, setelah itu engkau melihat ada yang lebih baik dari sumpahmu, maka tunaikan kafaratnya dan lakukanlah apa yang lebih baik.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7147, Muslim, 1652)

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Pengajaran Ayat :
    1.Memerangi pemikiran yang rosak dengan pemikiran yang baik.

    2.Menghalang Penzalim Daripada Melakukan Kezaliman.

    3.Seruan Membantuk Orang Yang Dizalimi.

    Ahmad/3 Firdaus

    ReplyDelete
  4. NOTHING TO SAY...
    INTERESTING...
    LOVE ISLAM....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

wmubai@yahoo.com