terjemahan:
Daripada ‘Aisyah r.a bahawa Hindun binti ‘Utbah telah berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi kepada saya belanja yang cukup untuk saya dan anak saya kecuali jika tidak, saya ambil dengan tidak diketahuinya. Rasulullah s.a.w bersabda: “Ambillah olehmu daripada hartanya sekadar yang mencukupi keperluanmu dan anakmu dengan cara yang baik.” [Hadis Riwayat Bukhari]
.Hadith 12:
Terjemahan:
"Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepaskan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment
wmubai@yahoo.com