Bahan-bahan dalam blog ini terutama huraian ayat dan hadith adalah belum muktamad. Kemungkinan terdapat banyak kesilapan dan kekeliruan. Respon pengunjung amat dihargai.

Tuesday, July 28, 2009

Hadith Berkaitan Wabak Penyakit

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:
فر من المجزوم كما تفر من الأسد
“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini: لاَ عَدْوَى
“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه
" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)

4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).
Nabi saw bersabda:
لا يوردن ممرض على مصح
"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari)
Nabi saw bersabda: كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين
“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim

5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.
Nabi saw bersabda:
الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه
“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)


6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).
Aisyah ra bertanya berkata:
سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد
“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

7. Islam menggalakkan umatnya berusaha mengelakkan dari penyakit.
Saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam bila mengetahui di Syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata: أفرارا من قدر الله؟
“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”
Umar menjawab: لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله
“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.

9. Senghaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain adalah dilarang.
Nabi saw bersabda: لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ
“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)


Dipetik dan diubahsuai dari : http://akhisalman.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

wmubai@yahoo.com