Bahan-bahan dalam blog ini terutama huraian ayat dan hadith adalah belum muktamad. Kemungkinan terdapat banyak kesilapan dan kekeliruan. Respon pengunjung amat dihargai.

Friday, June 19, 2009

Tafsir Ting 1

Pelajaran 5
SABAR PENDAKWAH dalam BERHADAPAN dengan ........
.
TAFSIR AYAT : Allah taala memberitahu bahawasanya aku mengetahui bahawa kau dalam kesedihan wahai MUHAMMAD terhadap kata-kata musyrikin mekah sekalipun mereka mengakui akan kebenaran engkau tetapi mereka mendustakan kau apa yang engkau datangkan tentang penyebaran-penyebaran dan mereka tidak beriman kepada hari kebangkitan pada hari kiamat.Sesungguhnya rasul-rasul yang diutuskan sebelum engkau,kaum-kaum mereka (tetapi) mereka sabar atas pendustaan dan seksaan mereka sehiggalah ALLAH menolong mereka (beri kemenangan)dengan membalas yang mendustakan mereka.Ayat ini adalah tasliah bagi nabi s.a.w dan beri petunjuk kepada baginda dan sunnatullah terhadap rasul-rasul & umatnya.
Penyunting:khairullah & izzat amir.
June 18, 2009 8:30 PM

pelajaran ke ? : Dalil-dalil kekuasaan Allah
.
Tafsir : Allah memberitahu kepada manusia seluruhnya bahawa tuhan mereka adalah satu dan Dia-lah yang mencipta langit dan bumi dalam tempoh 6 hari dan mentadbir perkara berkaitannya atau keduanya maka wajib kepada mereka (manusia) untuk beribadat (menyembah) kepadaNya sahaja dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu. Sesungguhnya Dia telah beristiwa' di atas arasyNya setelah membentuk kerajaanNya, Dia mentadbir mengurus sistemNya berdasarkan qadarNya yang menuntut kebijaksanaanNya.Dia yang menjadikan malam dengan kegelapanNya di mana ia menutup siang (dengan cahaya matahariNya) di bumi kemudian hilang dari tempat yang mana dia berada padanya dan menutupnya dengan cepat.Dan sekiranya engkau bersungguh-sungguh untuk beri hidayah kepada mereka dan mendatangkan kepada mereka mukjizat-mukjizat sebagaimana (seperti) yang mereka cadangkan dan engkau menggunakan apa-apa wasilah/cara untuk itu, dlm bentuk apa dan di mana sekalipun, di dalam bumi atau di langit. Mereka tetap tidak beriman. Dan jua Allah kehendaki, pasti Allah akan himpunkan mereka dalam petunjuk, maka janganlah kamu terdiri dari kalangan orang-orang yang lalai/alpa tentangnya.
.
ISTINBAT'1. Tidak wajar bagi seseorang mu'min menyusahkan dirinya sendiri dalam urusan agama kerana agama itu mudah selama mana seseorang itu mengambil sebab- sebab yang syarie'.2. Seseorang insan hendaklah mengambil contoh teladan yang baik (qudwah hasanah) dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang lepas3. Sesungguhnya seseorang yang mempunyai prinsip dan orang-orang yang mengajak kepada Islam pasti akan menanggung kesakitan dan kesulitan, dan sesungguhnya kemenangan/bantuan Allah akan datang selepas itu kepada mereka.
.
Jurutaip: Nur Amalina Haizal Hafiz
Pembaca: Nur Shuhada Arifin 2 Ma'wa
June 18, 2009 8:34 PM

No comments:

Post a Comment

wmubai@yahoo.com