Malam tadi saya ditanya oleh seorang ahli jemaah surau tentang status hadith yang berbunyi
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.” Katanya ada ustaz yang mengajar di sebuah surau (saya tak ingat namanya/di mana) menyatakan bahawa ia adalah hadith palsu. Saya menjawab YA, benar apa yang dikatakan oleh ustaz tersebut. Kebetulan sebelum itu saya dapat emel tentang status hadith tersebut.
Ia direka oleh Ibn Jahdam.
(lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria).
Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.
Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah.
bacaan tambahan:
ReplyDeletehttp://mybj.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=5640
http://www.islamiq.sg/2010/06/doa-bulan-rejab.html